Buku-buku Neon boleh dibeli melalui:

1. Laman web ini iaitu ‘Kedai Neon’
2. WhatsApp +60134470076
3. Kedai atau ejen yang disenaraikan.

Untuk pembelian pukal, anda boleh terus menghantar e-mel ke neonterbit(at)gmail untuk mendapatkan senarai harga pukal.

Buku-buku Neon tidak dijual di kedai-kedai buku utama seluruh negara.

Tentang Label Neon

Neon Terbit adalah sebuah label penerbitan yang diuruskan sepenuhnya oleh Pipiyapong dibantu beberapa kutu di sebuah bangunan kedai rahsia berhampiran Stesen Keretapi Kuala Lipis.

Semenjak penubuhannya pada Mei 2012, Neon Terbit telah sukses menerbitkan sebanyak 12 judul buku cerita yang sedap-sedap. Buat masa ini Neon Terbit tidak mempunyai apa-apa matlamat. Kami cuma seronok menerbitkan buku.

Tentang Penerbitan Karya

Penghujung tahun 2015 ini buat pertama kalinya Neon Terbit membuka peluang untuk para pengarang menghantar karya berbentuk novel, travelog atau kumpulan cerpen untuk diterbitkan.

Had minimum yang ditetapkan untuk kepanjangannya, 40,000 patah perkataan. Karya yang dihantar hendaklah sedap dan telah dibaca oleh kawan karib anda yang banyak membaca dan jujur pula orangnya.